Tuesday, 22 May 2012


WANG TUNAI

Kami meyarankan agar wang tunai simpanan anda digunakan sebahagiannya untuk membeli emas. Ini kerana jika wang anda semuanya disimpan di bank atau lain-lain simpanan atau pelaburan berbentuk wang tunai, keuntungannya tidak ke mana dan anda sebenarnya boleh menganggarkan keuntungan yang anda boleh perolehi untuk beberapa tahun yang akan datang. Jika ditolak dengan susut nilai wang tahunan dan kadar inflasi setiap tahun, sebenarnya anda mengalami kerugian  dan bukannya keuntungan. Wang kertas menyusut, nilai emas meningkat.

PELABURAN EMAS

Apa yang kami maksudkan dengan pelaburan emas adalah, anda buat, usaha dan rancang sendiri dengan bermodalkan wang tunai anda. Kami hanya memberi cadangan dan peluang, keputusan dan tindakan di tangan anda. Kami menyediakan emas fizikal dan panduan & cara pelaburan untuk anda fikirkan.  Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu kini, terlalu tinggi risikonya jika anda membuat pelaburan wang tunai di mana-mana syarikat perniagaan yang menjanjikan pulangan yang lumayan. Saham-saham di stok market pula tidak menentu kerana kegawatan ekonomi. Pelaburan emas adalah suatu yang baik yang anda boleh fikirkan.

SIMPAN EMAS FIZIKAL

Pelaburan yang pertama yang kami cadangkan adalah anda membeli dan menyimpan emas fizikal. Gunakan sebahagian dari wang tunai anda untuk membeli emas, kemudian simpan di tempat yang selamat. Mungkin anda perlu menyewa 'safety box' jika simpanan emas anda semakin banyak. Lihat kenaikan nilai emas anda selepas 1 tahun, 2 tahun, 5 tahun, 7 tahun, 10 tahun. Nilainya melambung berkali-kali ganda, inilah yang dikatakan emas 'kalis inflasi', boleh mempertingkatkan ekonomi anda.  Inilah yang kami maksudkan anda lakukan sendiri dan tidak perlu khuatir wang anda akan hilang seperti melabur di tempat lain.

No comments:

Post a Comment