Harga Emas GCP vs Emas Passbook
Assalamu'alaikum wbt,
Selamat berhujung minggu! Selamat bersenang lenang di rumah bersama keluarga tersayang. Hehe.
Baik, entry kali ini, saya ingin berkongsi satu persoalan yang selalu ditanya oleh mereka yang baru mula mengenal pelaburan emas. Sebagai pengedar sah emas GCP, persoalan sebegini sering dilontarkan kepada saya:
"Kenapa harga emas GCP mahal ya? Kalau lihat harga emas passbook di Public Bank, UOB, Maybank atau CIMB, murah aje!"
Saya selalu tersenyum mendengar persoalan ini. Bukan kerana apa, tetapi inilah peluang saya untuk membuktikan mengapa emas fizikal lebih berharga daripada emas maya walaupun harganya dikatakan 'mahal'. Lagipun, mana ada barang yang bagus tetapi murah, bukan?
Pertamanya, saya selalu ucapkan TAHNIAH kerana mata dan hati mereka sudah terbuka untuk membuat simpanan dalam bentuk emas. Selepas itu, saya akan menerangkan beberapa perkara khususnya perbezaan antara emas fizikal dan emas passbook.
Ada beberapa point yang selalunya saya ketengahkan.
![]() |
Anda nak beli kambing dapat kambing, atau nak beli kambing dapat gambar kambing? |
- Emas yang dikatakan murah daripada UOB, Maybank dan CIMB adalah emas maya. Ini bermakna, emas tersebut belum tentu akan kewujudannya. Buktinya, bolehkan kita menukar emas daripadapassbook kepada emas fizikal? Apa buktinya anda beli emas tu daripada bank? Jawab kawan saya,"Ni kat passbooksebagai bukti saya beli emas". Eh, yeke?
Kalau nak menggunakan konsep passbook, anda membeli seekor kambing daripada saya. Tapi, saya tak beri anda kambing tersebut. Saya cuma berikan anda gambar kambing sahaja. Puas hati tak? Hehe. - Emas yang ditawarkan pada passbook adalah harga emas yang tidak wujud. Maka, mereka tiada kos untuk mencetak emas, menjalankan ujian ketulenan emas, membuat sijil emas dan membuat cover atau sampul untuk melindungi emas tersebut.Kalau nak menggunakan konsep passbook ini, saya pun bole menjual seekor kambing dengan harga RM300 sahaja. Orang lain semua jual RM 800.00. Mengapa?saya tiada kos untuk memberi kambing tersebut makan/ minum, kos membuat kandang, kos penjagaan dan sebagainya. Siapa nak beli kambing daripada saya? Saya jual RM300 je, tapi anda bayar, anda cuma dapat gambar kambing aje lah ye. Hehe.
- Jikalau benar pun emas yang dibeli dalam passbook tu wujud, anda masih tak boleh pegang dan simpan sendiri. Bayangkan jika anda terdesak dan memerlukan wang, bagaimana anda nak jual emas yang berada dalam bank? Nak tunggu bank buka, hanya Isnin hingga Jumaat sahaja.
- Emas dalam passbook hanya boleh dijual kepada bank tersebut sahaja. Dan yang paling tak best sekali, anda mesti ikut harga yang telah ditetapkan oleh bank tersebut tentang nilai jual/beli emas anda itu. Tidakkah anda mahu jual emas anda dengan harga yang lebih tinggi?
- Emas di dalam passbook tidak boleh dipajak! Pernah dengan teknik Rempit Emas? Teknik Wang hangus? Jika anda betul-betul mahir dengan sistem pajakan/ Arrahnu, anda sebenarnya boleh menjana wang dengan lebih banyak. Mintak maaf banyak-banyak lah yea kalau emas anda adalah emas maya. Simpan dalam bank aje lah. Bank muflis, berlaku rusuhan, berlaku peperangan, bank lah yang akan simpan emas anda sampai bila-bila.
![]() |
Public Bank adalah antara bank yang mengeluarkan passbook simpanan emas. Berbaloi kah? |
Lima point di atas sudah cukup untuk meyakinkan mereka yang baru berjinak-jinak dengan pelaburan emas. Biasanya, mereka yang baru berjinak-jinak dalam pelaburan emas hanya mengetahui satu teknik sahaja dalam menyimpan emas iaitu beli sekarang, dan tunggu sehingga harga emas naik. Kemudian, jual jika ada keperluan yang mendesak.
Mungkin ada banyak lagi perbezaan antara emasfizikal dan passbook yang mungkin anda sendiri boleh tambah. Sekiranya anda ada persoalan, boleh tinggalkan komen di blog ini atau boleh hubungi saya:
No comments:
Post a Comment