Friday, 18 May 2012


Menabung Amalan Mulia

Mula-mula satu dirham, lama-lama boleh jadi seribu dirham.

Sejak kecil kita diajar oleh ibu bapa kita untuk menabung. Setiap hari kita simpan seringgit dalam tabung. Malangnya tabiat menabung di kalangan masyarakat kita masih amat kurang khususnya golongan dewasa. Banyak wang kita dihabiskan untuk membeli bermacam-macam benda. Tak salah untuk membeli barangan kehendak asalkan kita simpan jugak duit kita untuk masa depan.

Ramai yang tahu kebaikan menabung. Dahulu, menabung tertumpu kepada simpanan wang ringgit ke dalam bank tetapi kini, pelbagai alternatif untuk menabung. Paling hangat diperkatakan sekarang ialah menabung dengan membeli dinar atau dirham. Permintaan yang tinggi terhadap kedua-dua komoditi ini telah meningkatkan nilai kekayaan anda.

Walaubagaimanapun, tabiat menabung perlu dipupuk bermula dari sekarang tak kisah la dengan cara bagaimanapun anda menyimpan, samada Tabung Haji, ASB, AHB, saham dan bermacam-macam lagi. Ia terpulang kepada punya diri untuk menilainya.

Mulakan menabung 1 Dirham seminggu atau 1 Dinar sebulan. Insya-Allah, lama kelamaan anda akan dapat rasakan kemanisan daripada simpanan anda. Anda akan dapat rasakan perubahan nilai pertukaran dinar dan dirham kepada nilai matawang anda.


Anda mungkin tidak dapat melihat faedah menyimpan dalam masa yang singkat tetapi apabila anda melihat jumlah simpanan anda beberapa tahun selepas itu, anda akan lebih bersemangat menyimpan untuk kegunaan anda dan keluarga disaat keadaan memerlukan.

Kebaikan utama anda akan dapat rasakan ialah apabila berlaku sesuatu yang tidak diingini kepada anda, contohnya anda dibuang kerja, PTPTN anda disekat, anda jatuh sakit yang memerlukan banyak wang untuk menampung kos perubatan anda dan sebagainya. Anda juga mungkin secara tiba-tiba dipinang oleh seseorang jejaka, barulah anda tergopoh-gapah mencari sumber untuk perbelanjaan kos perkahwinan anda.


Dinar & Dirham dan Duit Kertas

Dengan menyimpan Dinar & Dirham, jumlah ia tak akan bertambah. Jika anda simpan 5 Dirham, sepuluh tahun lagi, ia akan tetap 5 Dirham.
Duit Kertas pula, jika anda simpan RM 100 di dalam bank, sepuluh tahun lagi, jumlahnya akan menjadi RM 150 (+/-).
Jadi, rugila saya simpan Dinar & Dirham.
Tidak, memang jumlah duit kertas anda bertambah, tetapi Nilainyaakan berkurang. Nilai RM 150 anda sepuluh tahun akan datang sudah tidak sama dengan RM 100 sekarang. Kuasa membeli anda dah berkurang. Ini semua disebabkan oleh sistem matawang fiat.
Dengan Dinar & Dirham pula, kuasa membeli anda tetap akan sama, percayalah 5 Dirham hari ini sama dengan 5 Dirham pada zaman Rasulullah saw, juga akan sama dengan 5 Dirham 1000 tahun akan datang. Kuasa membeli anda tetap sama. Inilah keindahan sistem matawang syariah Islam.

Jom, mulakan simpan dalam Dinar & Dirham :-)

No comments:

Post a Comment