Saturday, 12 May 2012


DINAR EMAS???

“Dan di antara Ahli Kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar hartanya sekalipun, ia akan mengembalikan (dengan sempurna) kepadamu, dan ada pula di antara mereka yang kalau engkau amanahkan menyimpan sedinar pun, ia tidak akan mengembalikannya kepadamu kecuali kalau engkau selalu menuntutnya”
Surah Ali Imran ayat 75
Ayat ini menerangkan golongan yahudi yang menipu / tidak memberikan hak sebenarnya dalam jualbeli terhadap orang islam. Tetapi saya tertarik dengan kalimah ” satu dinar” yang disebutkan dalam surah Ali Imran ayat 75.
APA ITU DINAR?
~ Dinar telah diwujudkan sejak zaman rom lagi yang memulakan percetakan dalam bentuk dinar.
~ Berat dinar kira-kira  4.25g.
~ Warna kuning yang ada pada dinar adalah hasil daripada campuran gold, copper dan silver untuk menjadikan dinar lebih keras dan tahan lama.
~ Ada juga dinar yang berwarna putih hasil daripada campuran gold, nikel, zink,silver dan platinum (emas putih)
 ~ Dinar diperkenalkan oleh kerajaan pertama pada tahun 75 hijrah oleh Khalifah Abd al-Malik bin Marwan pada zaman Bani Umaiyyah
~ Wujudnya dinar emas islam pada zaman khalifah Othmaniah pada tahun 1299M-1924M.

KEBAIKAN PENGGUNAAN DINAR.
~ Mempunyai nilai tersendiri yang mana nilainya diiktiraf oleh semua negara.
~ Fizikalnya tahan lama dan tidak berubah walaupun sudah lama.
~ Nilainya tidak dimanopoli oleh sesiapa
~ Bentuk yang kecil, padat dan senang dibawa.
~ Mempunyai nilai yang stabil.
~ Dinar adalah salah satu matawang yang disebut dalam al-quran.
~ Juga disebut sebagai kayu ukur kepada zakat.




Sejarah Pengenalan Dinar Emas dan Dirham Perak.


DINAR & DIRHAM
Kesohoran dinar sebagai satu matawang rasmi dalam sektor ekonomi sudah lama tersemat dalam lembaran sejarah Tamadun Islam. Dewasa ini komoditi ini seringkali dicanangkan sebagai instrumen alternatif dalam aktiviti ekonomi dunia semasa. Fakta ini adalah berasaskan kepada nilai intrinsik atau tersendiri yang diyakini boleh digunapakai secara lebih meluas serta konsisten. Namun demikian, masih ramai belum mengetahui dari mana dan bagaimana ia boleh berkembang sehingga menjadi satu matawang utama dalam kronologi ketamadunan Islam.
Sekiranya dinar emas mampu dinobatkan sebagai matawang utama pada ketika itu adalah tidak mustahil seandainya penggunaan komoditi ini boleh diperkenalkan semula sebagai matawang alternatif pada alaf baru ini. Barangkali slogan “Nothing Beats Gold, Zero Inflation in 1400 years“ adalah amat berketepatan dan bersesuaian dalam menyatakan hakikat tersebut. Terfikirkah anda semenjak zaman Nabi Muhammad S.A.W lagi kita tidak pernah mendengar serta mengalami keadaan inflasi. Tetapi pada hari ini ungkapan tersebut seringkali “menjelma“ sambil disulami atau lebih sinonim dengan kelesuan ekonomi sejagat. Kenapa semua ini boleh berlaku…jawapannya ialah matawang konvensional yang tersedia ada tidak lagi berlandaskan pada sandaran emas secara mutlak. Justeru marilah kita mengimbas kembali keunggulan serta kegemilangan dinar emas semenjak bermulanya era ketamadunan Islam.
Masyarakat Arab Jahiliyyah pada ketika itu menggunakan dinar emas Heraclius Byzantine yang berasal daripada negeri Syam manakala dirham perak Sasaniyah pula dari Iraq. Tatkala itu mereka tidak mempunyai matawang tersendiri untuk melaksanakan urusniaga perniagaan dalam mahupun luar negara. Penggunaan kedua-dua matawang ini adalah bagi memudahkan urusniaga terutamanya pada masa yang melibatkan perdagangan utama di Syam pada musim panas manakala di Yaman pada musim sejuk. Namun demikian, keadaan mulai berubah apabila Nabi Muhammad S.A.W dipilih sebagai Rasul, dinar dan dirham telah dinaiktarafkan sebagai matawang rasmi urusniaga sektor ekonomi kerana terdapat keseragaman bagi tujuan memudahkan urusniaga. Ketika ini jugalah reka bentuk berunsur Islam mula menyusup dalam penempaan dinar serta dirham. Pada tahun 18 H atau 20 H, Saidina Omar r.a telah menambah pada dirham Sasaniyah beberapa elemen dengan tulisan khat Kufi seperti Bismillah, Bismillah Rabbi dan Alhamdullillah serta sesetengahnya Muhammad Rasulullah yang ditempa pada keliling gambar Kisra. Beliau turut menetapkan piawaian bahawa 10 dirham bersamaan 7 dinar dan ini kekal digunapakai sehingga kini. Satu dinar mempunyai 91.6% atau 22 karat seberat 4.25 gram manakala dirham ialah syiling perak seberat 2.975 gram.
Dalam rekaan ini ukiran pada permukaan matawang adalah rekabentuk Islam yang khusus tanpa wujudnya elemen-elemen Byzantine dan Parsi muncul pada tahun 76 H hasil cetusan idea Khalifah Abd al-Malik bin Marwan pada zaman Bani Umaiyyah. Senario ini turut dimangkinkan oleh perselisihan faham yang berlaku di antara baginda dengan Raja Rom. Pada ketika itu khalifah Abd Al-Malik bin Marwan telah diktiraf oleh Ibn Jarir al-Tabari dan Ibn al-Athir sebagai perintis menempa dinar dan dirham dalam unsur-unsur Islam.
Aplikasi dinar tidak hanya berlegar di bumi Arab tetapi melangkaui kepada ketamadunan Andalusia. Kegiatan perdagangan berkembang pesat selama 700 tahun di Andalusia telah memangkin penggunaan dinar emas serta perak sebagai matawang utama. Pada tahun 716 M, umat Islam Andalusia telah mula menempa dinar emas dengan ukiran bahasa Arab serta ditulis “Muhammad Rasulluah” disamping mencatatkan nama Andalusia iaitu tempat tempahan dinar berserta tahun diperbuat. Di belakang dinar emas ini turut diukir dengan tulisan Latin yang bersesuaian dengan kehidupan masyarakat Islam Andalusia pada ketika itu. Bukti sejarah juga menunjukkan bahawa setelah tamatnya pemerintahan Andalusia, masyarakat semasa pemerintahan Kristian masih meneruskan penggunaan dinar emas selama lebih 400 tahun. Dalam era moden ini, pada tahun 1992 dinar emas pertama Eropah kembali ditempah di Granada, Sepanyol yang sekaligus merupakan sesuatu peristiwa yang sungguh menarik.
Menurut analisa yang dibuat sepanjang kecemerlangannya dinar emas turut mengalami ketidaktentuan terhadap cabaran serta krisis semasa. Pada suatu ketika stok emas tidak mencukupi memandangkan siri peperangan semakin meruncing. Justeru perak dicampurkan tembaga menjadi matawang rasmi dan digunakan di Mesir serta Syam di bawah pentadbiran Bani Ayyub. Penggunaan dinar serta dirham terus bertahan aplikasinya pada masa keagungan kerajaan Othmaniah Turki (1299M-1924M). Pada hari ini, nama dinar serta dirham masih digunakan sebagai matawang rasmi di beberapa buah negara di Timur Tengah seperti dinar di Tunisia, Kuwait, Libya, Bahrain, Algeria, Jordan manakala dirham Di Emiriah Arab Bersatu, Qatar dan Maghribi.
Di Malaysia berkat pengalaman kelesuan ekonomi global pada 1997 dinar emas yang diperbuat daripada emas 916 telah mula dikembalikan kegemilangan sebagai medium penyimpan nilai yang tinggi, stabil, sentiasa berpotensi untuk meningkat nilai serta komoditi yang paling selamat. Dalam konteks yang lebih luas dinar emas turut mampu dijadikan perantaraan urusniaga , gaji dan bonus pekerja, mahar dan hantaran perkahwinan, urusan haji dan umrah, zakat dan  serta semua pembayaran perniagaan dalam dan luar negara bagi negara yang berminat. Ini memandangkan dinar emas mempunyai nilai intrinsik atau tersendiri yang diterimapakai oleh masyarakat dunia. Nilai emas adalah stabil dan meningkat dari semasa ke semasa berbanding matawang konvesional yang seringkali menjadi mangsa “serang hendap” para penyangak matawang antarabangsa bagi mengaut keuntungan mudah dan besar.

Wang vs Mata Wang


WANG - Emas & Perak
Wang adalah PENYIMPAN NILAI yang memiliki nilai pada setiap masa seperti EMAS & PERAK. Pada zaman bila pun WANG akan tetap bernilai, meyimpan nilai serta tidak akan susut nilai bahkan ramai orang berlumba-lumba untuk menyimpan pelindung kekayaan.

MATAWANG
MATAWANG pada asalnya adalah sebagai medium transaksi wang atau duit. Nilai MATAWANG sentiasa BERUBAH-UBAH bergantung kepada pengiktirafan sesebuah kerajaan.  MATAWANG dicetak diatas kertas yang tidak bernilai tetapi dipaksa nilainya oleh manusia yang berkuasa.

Pakar Pelaburan EMAS & PERAK
” Mike Maloney adalah pakar pelaburan EMAS & PERAK telah memberikan perbezaan yang jelas antara WANG & MATAWANG.”
Ciri-ciri MATAWANG i :-
  1. Sebagai Medium pertukaran
  2. Mudah dibawa
  3. Boleh dibahagi-bahagikan
  4. Tahan Lama
  5. Memiliki nilai yang sama
Ciri-ciri WANG:-
  1. Sebagai Medium pertukaran
  2. Mudah dibawa
  3. Boleh dibahagi-bahagikan
  4. Tahan Lama
  5. Memiliki nilai yang sama
  6. Penyimpan nilai
Perbezaan WANG dan MATAWANG tidak banyak berbeza, namun tambahan ciri WANG iaitu PENYIMPAN NILAI menjadikan wang lebih berharga berbanding MATAWANG. Inilah yang menyebabkan kita perlu menyimpan WANG bukan MATAWANG. Ramai yang menyimpan MATAWANG menjadi susut nilai dari tahun ketahun.
Bagaimana ia boleh SUSUT NILAI???
Matawang menjadi susut nilai kerana sifatnya bukanlah Penyimpan Nilai sebagaimana WANG iaitu emas & perak yang boleh menyimpan nilai.
CONTOH :
Pada 3 tahun dahulu, harga rumah RM280,000.00. Rumah yang sama pada tahun ini, harganya sudah meningkat menjadi RM375,000.00. Adakah ini disebabkan oleh harga rumah nak??? atau harga tanah naik??
Apakah yang sebenarnya naik??
~ Nilai Matawang yang sebenarnya menjadi susut nilai menyebabkan harga rumah naik. Kita terpaksa menggunakan matawang yang banyak untuk membeli rumah yang pada asalnya mengikut nilai wang ianya masih sama dan tidak berubah.
~ Sekiranya 3 tahun yang lalu anda menyimpan 1kg emas untuk membeli rumah, maka pada tahun berikutnya pula masih kekal harganya 1kg emas. Inilah dimaksudkan WANG PENYIMPAN NILAI manakala MATAWANG SUSUTNILAI.

MULA SEKARANG....
Orang yang bijak pasti menyelamatkan hartanya dengan menukarkan MATAWANG kepada WANG, Jadi bertukarlah kepada EMAS & PERAK kerana itulah wang kita sebenar….

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&
Sebarang pertanyaan :
Hotline : 0199271449
FB : asmida azudin
&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

No comments:

Post a Comment