Perbandingan Pinjaman Ar rahnu vs Pinjaman Bank
Posted by cikgusimple on February 22nd, 2011
Apakah kelebihan dan kekurangan pinjaman di ar rahnu dan bank?Kini telah banyak pusat pajak gadai Islam yang tumbuh bagai cendawan.Antara pusat pajak gadai yang ada ialah Ar-Rahnu oleh Perbadanan Negeri Kelantan,Ar rahnu Bank Rakyat,Ar rahnu Agrobank dan ar rahnu koperasi.
Kita sudah biasa dengan pinjaman di bank,terutamanya kakitangan kerajaan.Memang mudah bagi golongan ini untuk membuat pinjaman bank berbanding pekerja swasta.Pinjaman yang ditawarkan juga lebih tinggi kadar ‘interest’ dan bayaran bulanan juga tinggi jika banyak jumlah yang dipinjam.Jika kakitangan kerajaan boleh mendapat personal loan dengan interest 3.5%-5.00% ,golongan swasta terpaksa membuat pinjaman dengan interest sehingga 13%.Mungkin ada yang lebih tinggi dari itu.
Baiklah,topik kali ini..pinjaman ar rahnu vs pinjaman bank.
Pinjaman Ar rahnu :
-Bawa ic dan emas,anda akan terus mendapat tunai dengan segera
-Perlu cagaran iaitu emas
-Fleksibel kepada peminjam kerana boleh bayar dalam masa 6 bulan atau lebih bergantung kepada plan masing-masing
-Tiada unsur riba dan gharar
-Nama akan disenaraikan di CCRIS jika emas dilelong atau gagal menebus emas tersebut
-Kadar upah simpan lebih kurang 1% sebulan
-Asalkan ada emas,berumur 18 tahun ke atas,warganegara Malaysia-anda layak meminjam
Pinjaman peribadi
-Perlu membuat permohonan yang mengambil masa dan mengisi pelbagai borang serta mendapat pengesahan majikan
-Memerlukan pelbagai syarat untuk lulus pinjaman dan ada juga yang perlukan penjamin
-Tidak membayar ansuran bulanan sama ada sebab sangkut-nama akan blacklist
-Pinjaman konvensional.Ada juga pinjaman islamik yang ditawarkan,namun status ‘bank islam’ masih meragukan dan mengelirukan kerana interest yang lebih tinggi.
-Bayaran bulanan rendah kerana tempoh pinjaman yang lebih panjang.
-Tidak semua golongan layak membuat pinjaman bank
Kesimpulannya,masing-masing ada kelebihan dan kekurangan.Ar rahnu lebih mesra rakyat,manakala bank lebih mementingkan golongan tertentu.Apa sahaja pilihan,pastikan anda tahu pro dan kontranya dan membuat perancangan meguruskan hutang.Hutang yang baik adalah hutang yang memberikan pulangan yang menguntungkan,bukan liabiliti.
Emas di Ar rahnu menurut PPZ,tidak perlu dizakatkan.Namun ada beberapa pihak mendakwa,emas di ar rahnu wajib dibayar zakat.Mana satu yang hendak diikut,tepuk dada..tanya iman.Saya ada menghubungi pihak PPZ untuk kepastian,dan mereka meminta jangan merujuk pihak lain kerana mereka ahli dalam bidang ini.Saya juga mengambil keputusan untuk mengikut fatwa PPZ.Allah lebih mengetahui niat hamba-Nya,dan amat dikesali sikap segelintir pihak yang menuduh golongan peminjam ar rahnu mengelak dari membayar zakat.Tuduhan yang amat berat dan tidak berasas,dalam masa yang sama berbangga dengan diri mereka yang konon-kononnya membayar zakat walaupun emas di ar rahnu.Ia ibarat sedekah yang di waw-warkan.Wallahualam
No comments:
Post a Comment