Monday, 13 August 2012


DINAR mampu mengurangkan KOS HAJI


Topik kali ini, “DINAR mampu mengurangkan KOS HAJI“.
Setiap muslim mengimpikan untuk menunaikan RUKUN ISLAM yang ke-5 apabila berkemampuan & tiba waktunya. Akan tetapi berapa ramaikah di antara kita yang berkemampuan menyimpan wang fiat (ringgit) sehingga mencukupi bagi menampung perbelanjaan tersebut? Di tambah pula dengan kos yang meningkat saban tahun, apakah simpanan tersebut bakal mencukupi?
Saya terjumpa artikel dari Berita Harian mengatakan kos haji kekal (tidak pasti keluaran bila). Tapi untuk tahun 2012, adakah ia masih sama?. TAHUKAH anda? kini kos HAJI semakin berkurangan apabila anda mula menyimpan DINAR. Ini berlaku akibat dari kenaikan harga EMAS yang berlaku saban tahun. Mari kita lihat rajah di bawah :
Jika di lihat dari rajah berikut, ia adalah statistik untuk 10 tahun terdahulu di mana harga sekepingDINAR pada tahun 2002 adalah RM 140, manakala kos HAJI pula hanya memerlukan 65 keping DINAR sahaja. Mari kita buat kiraan kasar berdasarkan statistik berikut :
Tahun 2002
Harga DINAR : RM 140
Kos HAJI : RM 9000
Jumlah DINAR diperlukan : RM 9000 / RM 140 = 64.28 @ 65 keping
Tahun 2007
Harga DINAR : RM 348
Kos HAJI : RM 9000
Jumlah DINAR diperlukan : RM 9000 / RM 348 = 25.86 @ 26 keping
Tahun 2012
Harga DINAR GCP : RM 777 (*harga pada 8/8/2012)
Kos HAJI : RM 9980
Jumlah DINAR diperlukan : RM 9980 / RM 777 = 12.84 @ 13 keping
Tahun 2017 dan seterusnya?. ANDA kiralah sendiri & renungkan sejenak. Seandainya ANDA telah memiliki 13 keping DINAR pada tahun 2012, ANDA telah mampu untuk menunaikan HAJI berseorangan, tetapi pada masa akan datang tidak mustahil dengan hanya 13 keping DINAR ANDA akan dapat pergi bersama keluarga tersayang. WALLAHUALAM.
Oleh yang demikian, marilah bersama mulakan simpanan EMAS anda dalam bentuk DINAR, niatkan dalam HATI simpanan ini bagi menampung kos HAJI. InsyaALLAH akan dipermudahkan urusan ini olehNYA. AMIN
Sekiranya ANDA berminat untuk memulakan SIMPANAN EMAS, bolehlah hubungi saya di FB. Insya-ALLAH saya akan cuba membantu & berkongsi ILMU, IDEA & PENDAPAT bersama pembaca sekalian.

As salam & salam sejahtera, lagi coretan tentang DINAR minggu ini..
MAHAR atau MAS KAHWIN menurut perspektif ISLAM berasal daripada perkataan Arab. Di dalam al-Quran istilah mahar disebut dengan al-sadaqal-saduqahal-nihlah, al-ajral-faridah dan al-‘aqd. Menurut istilah syara’ mahar ialah suatu pemberian yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri dengan sebab pernikahan.
Terdapat banyak dalil yang mewajibkan mahar kepada isteri antaranya firman Allah dalam surah al-Nisa’ ayat 4 :
Pemberian mahar suami sebagai lambang kesungguhan suami terhadap isteri. Selain itu ianya mencerminkan kasih sayang dan kesediaan suami hidup bersama isteri serta sanggup berkorban demi kesejahteraan rumah tangga dan keluarga. Ia juga merupakan penghormatan seorang suami terhadap isteri.
Walau bagaimanapun mahar tidaklah termasuk di antara rukun-rukun nikah atau syarat sahnya sesuatu pernikahan. Sekiranya pasangan bersetuju bernikah tanpa menentukan jumlah mahar, pernikahan tersebut tetap sah tetapi suami diwajibkan membayar mahar misil (yang sepadan).
Kesimpulannya MAHAR adalah hak isteri yang diberikan oleh suami dengan hati yang tulus ikhlas tanpa mengharapkan balasan sebagai pernyataan kasih sayang dan tanggungjawab suami atas kesejahteraan rumah tangga. Ianya bertujuan untuk menggembira dan menyenangkan hati isteri agar isteri merasa dihargai dan bersedia untuk menjalani kehidupan bersama suami. Mahar adalah menjadi hak milik isteri. Sekiranya ia tidak disebut sekalipun.
* sumber dari JAKIM
Di Malaysia misalnya, salah seorang artis popular yang menggunakan dinar sebagai mas kahwin ialah M Nasir ketika berkahwin dengan Marlia Musa13 keping wang dinar emas bernilai RM2,000 menjadi bukti penyatuan kedua-dua mereka. Menurut M.Nasir, dia memilih wang dinar tersebut kerana ‘ingin kembali kepada tradisi Islam.
WANG dinar emas menjadi mas kahwin M. Nasir kepada Marlia.
Jom kita kira, 13 keping dinar bernilai RM 2000 pada tahun 2000 bernilai lebih kurang RM 153.85/dinar. Kini setelah 12 tahun berlalu, ANDA berpendapat berapakah nilai dinar tersebut ?? Kira sendirilah yea. Dengan kenaikan harga EMAS selama 12 tahun kebelakangan ini, adalah tidak mustahil harganya mungkin sudah melebihi RM 10k.
Jadi marilah sama-sama kita tukar minda tukar konsep dan kembali kepada tradisi yang mungkin telah lama kita lupakan. Kembalikan penggunaan dinar dalam kehidupan seharian kita walaupun tidak sebesar mana.
Bagi yang tiada idea nak hias bagaimana, boleh lihat koleksi gambar berikut yang saya jumpa sewaktu mencari maklumat untuk post kali ini. ENJOY yea.

Kalau ada yang berminat untuk membeli DINAR keluaran GCP, bolehlah hubungi saya di personal FB atau Fanpages saya berikut.