Thursday, 28 June 2012

LIMA UNDANG-UNDANG EMAS

1. Emas akan datang dengan bangganya
dan akan bertambah dengan kuantiti 
yang banyak kepada sesiapa yang akan
menyimpan tidak kurang satu persepuluh
daripada pendapatannya untuk membentuk
satu estet untuk masa depannya
dan keluarganya.

2. Emas akan bekerja untuk kita dengan
tekun dan memuaskan kepada pemiliknya
yang bijak mencari pekerjaan yang
menguntungkan, dan akan bertambah
seperti banyaknya ternakan di atas padang.

3. Emas akan berpaut dengan pengawalan
berhati-hati oleh pemiliknya yang
melaburkannya dibawah nasihat orang
yang bijak dalam mengendalikannya.

4. Emas akan hilang dari seseorang itu
jika dia melaburkannya dalam perniagaan
yang dia tidak mahir atau yang tidak
disahkan oleh orang yang berpengalaman
dalam perniagaan itu.

5. Emas akan hilang daripada seseorang
yang memaksanya untuk berbelanja dengan
tidak berhati-hati atau mereka yang
terlalu mengikut nasihat orang yang
mahu menipunya atau mereka yang 
memberikan sepenuh kepercayaan kepada
orang yang tidak berpengalaman dan
mempunyai kehendak yang kuat 
dalam pelaburan.

6. Pelaburan yang menguntungkan untuk
jangka masa panjang. Duit yang akan
bekerja untuk anda.
TUJUH CARA MENGATASI MASALAH KEKURANGAN WANG

Penawar pertama.
Setiap hasil daripada pendapatan yang
kamu perolehi, 10% hendaklah kamu simpan
untuk dirimu sendiri.

Penawar kedua
Aturkan belanjawan mengikut pendapatanmu
supaya kamu masih mempunyai wang untuk
memenuhi keperluanmu, untuk memenuhi
keseronokanmu dan memuaskan kehendakmu
yang bermanafaat tanpa membelanjakan
lebih daripada sembilan persepuluh 
daripada pendapatanmu.

Penawar ketiga
Melaburkan sejumlah wang yang akan
bekerja untuk kita umpama sekawan kambing
di padang yang akan membiak dan membantu
memberi keuntungan, keuntungan ini akan
mengalir berterusan untuk menambah 
hasil yang tetap.

Penawar keempat
Peliharalah hartamu daripada hilang 
dengan hanya melabur dimana terdapat
peluang yang selamat, dimana ia akan
dapat ditebus jika kita kehendaki,
dan kamu tidak akan gagal mendapat
pulangannya. Berurusanlah dengan orang
yang bijak. Terimalah nasihat daripada
orang yang berpengalaman dalam
mengendalikan soal wang. Biarkan
kebijaksanaan mereka melindungi harta 
kita dripada pelaburan yang tidak selamat.

Penawar kelima
Milikilah rumah sendiri.

Penawar keenam
Sediakan keperluan dimasa hadapan
sebelum tiba hari tua untuk jaminan
masa depan keluarga kamu.

Penawar ketujuh
Mengusahakan sesuatu mengikut kemampuan
kamu, belajar dan menjadi bijak, 
menjadi lebih mahir dan cuba menghormati
diri kamu sendiri.

Penawar kelapan
Peluang menjana pendapatan
yang tidak boleh dilepaskan.

Wednesday, 6 June 2012


Cara Uji Ketulenan Emas cara Konvensional


Salam semua pembaca,

Selain menguji ketulenan emas @ perak menggunakan teknik asid @ densimeter, terdapat juga teknik yang mudah dilakukan di rumah.

Credit kepada Pokya.

Beliau merupakan antara peniaga terawal yang menceburi pelaburan emas ini. Hanya dengan beberapa bulan stok emas beliau meningkat kepada 1kg emas. Dan ini adalah cerita tahun lepas. Kini berapa kilo emas yang dimiliki oleh beliau hanya dia saja yang tahu.

Bahan2 yang diperlukan:

1. Jag air yang diperbuat daripada plastik. kaca pun boleh juga.
2. Alat penimbang jitu atau alat penimbang khas untuk barang2 kemas. mungkin alat penimbang untuk buat kek pun boleh guna juga. pastikan alat penimbang tersebut mempunyai fungsi 'tare'. elok pilih alat penimbang yang mempunyai bacaan dari 0.01g hingga 500.00g.
3. Air paip.
4. Benang.
5. Bekas tadahan. botol mineral yang dipotong muncungnya pun boleh juga.

Langkah2nya:-
1. Hidupkan alat penimbang. pastikan bacaan pada alat penimbang ialah 0.00g. jika tidak, tekan butang fungsi 'tare' untuk kembalikan bacaan kepada 0.00g. ikat emas anda dengan benang. pastikan ada banyak lebihan benang yang boleh dipegang. ini penting untuk langkah yang ketiga nanti. timbang emas yang telah diikatkan dengan benang tadi.anda. catatkan beratnya di dalam unit gram. contohnya 100gram. kita nama nilai ini sebagai 'm'.
2.Pastikan bacaan pada alat penimbang ialah 0.00g. jika tidak, tekan butang funsi 'tare' untuk kembalikan bacaan kepada 0.00g.letakkan jag air diatas mesin penimbang. isikan penuh jag air dengan air paip sampai melimpah ikut muncungnya. keringkan air yang melimpah tersebut dari atas mesin penimbang untuk bacaan yang lebih jitu. catatkan berat jag air bersama2 air tadi. contohnya 300g. kita nama nilai ini sebagai 'v1'.
3.Pegang hujung benang dan angkat emas tadi ke udara. celupkan emas tadi perlahan2 ke dalam jag air. tadah air yang keluar dari muncung jag tadi dengan bekas tadahan. pastikan tiada air yang terjatuh ke atas alat penimbang. jangan biarkan emas tersebut menyentuh lantai jag air.
4.Setelah keseluruhan emas tersebut tenggelam di dalam air, keluarkan perlahan2 emas tadi dari jag air itu. catatkan berat jag air bersama2 air tadi. contohnya 294.83g. kita nama nilai ini sebagai 'v2'.
5. Kumpulkan nilai2 yang kita dapat tadi. dari contoh tadi,
  • m = 100g, v1 = 300g dan v2 = 294.83g.
  • Pengiraan:ketumpatan emas asli adalah 19.32 g/cm padu.
  • Oleh kerana kita menggunakan air sebagai medium untuk mendapatkan isipadu air, kita boleh anggap berat 1g air bersamaan dengan 1 cm padu air juga. ini kerana specific gravity(SG) air adalah 1g/1cm padu. (SG air = 1.0 g/cm padu).
  • Jadi nilai2 v1 dan v2 tadi kita boleh tukar unitnya kepada cm padu.v1 = 300 cm padu, v2 = 294.83 cm padu
  • Formula ketumpatan ialah; ketumpatan,(g/cm padu) = jisim,(gram) / isipadu,(cm padu).
  • Dari nilai2 di atas tadi, kita boleh rumuskan ketumpatan,(g/cm padu) = m,(g) / v1 – v2,(cm padu)
  • Jadi, ketumpatan emas = 100 / 300 – 294.83= 100 / 5.17= 19.34 gram/cm padu.
  • Dari nilai ketumpatan di atas, kita boleh anggapkan emas tersebut mempunyai ketulenan 99.9%. biasanya mesti ada ralat sikit.untuk emas2 yang lain macam 916 ke, biasanya nombor-nombor 999, 916 atau 850 tu menunjukkan peratus kandungan emas di dalam barang2 kemas atau duit syiling atau sebagainya.
  • Jadi untuk mengira ketumpatan emas 916 = 19.32 x (91.6/100) = 17.69 gram/cm padu untuk emas 850 = 19.32 x (85.0/100) = 16.42 gram/cm padu.