ASMIDA AZUDIN-0199271449 Pengedar sah Goldcrest Pavillion GCP [AD3222) MASA ITU EMAS...BERTINDAK SEGERA...PANTAS DAN BERJAYA.........
Monday, 4 June 2012
Wednesday, 30 May 2012
TERKINI ; DATA SEBENAR UTK PERGI HAJI DENGAN GUNA PAKAI DINAR EMAS 916 PG
TAHUN 2009, 1 DINAR PG HARGANYA RM476, KOS HAJI RM9980.00
>> PERLU BELI DAN SIMPAN 21 DINAR EMAS 916 (DAPAT PERGI SORANG)
>> GUNA DUIT FIAT, DAPAT PERGI SORANG SAHAJA
>> GUNA DINAR, JUGA DAPAT PERGI SEORANG KETIKA INI
TAHUN 2010, 1 DINAR PG HARGANYA RM590, KOS HAJI RM9980.00
>> PERLU BELI DAN SIMPAN 17 DINAR EMAS 916 (DAPAT PERGI SORANG)
>> DAN ADA HARAPAN UNTUK TAMBAH SORANG LAGI KALAU MULAKAN SIMPANAN 1 DINAR MULAI TAHUN 2009
>> GUNA DUIT FIAT, DAPAT PERGI SORANG SAHAJA JUGAK
TAHUN 2011, 1 DINAR PG HARGANYA RM813, KOS HAJI RM9980.00
>> PERLU BELI DAN SIMPAN 13 DINAR EMAS 916 (DAPAT PERGI SORANG)
>> DAN DAH HAMPIR BERJAYA UNTUK PERGI BERDUA JIKA MULAKAN SIMPANAN 1 DINAR MULAI TAHUN 2009
>> GUNA DUIT FIAT, MASIH KENA PERGI SORANG-SORANG AJE KE MEKAH!
TAHUN 2012, 1 DINAR PG HARGANYA RM???, KOS HAJI RM????.??
>> MUNGKINKAH DAPAT PERGI 4 ORANG? DENGAN JUMLAH SIMPANAN DINAR YANG SAMA?
JUMLAH DINAR YG SAMA, TAPI NILAI HARGANYA YANG BERBEZA SETIAP TAHUN!
FIKIR2KANLAH...
TEPUK KEPALA, TANYA SAMA IMAN...OK!
Beza Harga 3 biji Telur di Zimbabwe & Malaysia
Berikut harga bagi 3 biji telur yang di beli di malaysia. inilah nilai yang di perlukan bagi
duit RINGGIT MALAYSIA.
duit RINGGIT MALAYSIA.
Manakala yg di bawah adalah nilai wang kertas yang diperlukan untuk membeli telur di Zimbabwe
jadi. disamping bersyukur dengan nikmat yang kita perolehi ini. kita juga perlu beringat bahawa ekonomi
yang berasaskan duit fiat di malaysia ini juga tidak terlepas daripada kegawatan ekonomi yang begitu hebat
telah melanda zimbabwe. dan kini terbaru negara negara eropah yang di katakan pada tahap negara maju juga
seperti greece dan italy yang terkesan dari kelemahan sistem ini sehingga di isytiharkan bankrup oleh bank dunia.
jadi ? memandangkan emas dan perak merupakan sejenis logam yang mempunyai simpan nilai
yang sangat baik selain kebal dari inflasi, marilah kita bermula menyimpannya walaupun dari 1 gram emas sebulan.
GCP tawar harga emas istimewa
WAN NASRAH ABDUL RAHIM & ASYRAF MUHAMMAD
26 Mei 2012
26 Mei 2012
ATAS kesedaran mendedahkan kepentingan simpanan emas yang menjamin masa depan kepada belia, Goldcrest Pavilion Sdn Bhd (GCP), membuka gerai jualan di tapak Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya bermula 23 Mei lalu hingga esok.
Pengarah Urusannya, Shamsul Anuar Md Ali berkata, pembukaan gerai jualan kali disasarkan kepada golongan belia ke arah mewujudkan kesedaran tentang kepentingan simpanan emas, tidak susut nilai, kalis inflasi dan asas terunggul selain rumah serta hartanah.
Menurutnya, GCP menyediakan tawaran emas lebih murah berbanding pasaran di luar. Pembelian emas 999, segram berharga RM181 yang mana RM198 harga semasa.
“Harga ditawarkan adalah bersih tanpa upah. Kami juga menawarkan pembelian emas 999 seberat 10 gram yang akan mendapat emas perak percuma seberat 10 gram,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, syarikat turut menyediakan faedah kepada ahli yang membeli emas 999 sehingga lapan persen diskaun. Ahli juga menerima bantuan dalam bentuk stok emas, wang tunai dan pembelian semula kepada emas yang ingin dijual. Penghantaran pembelian emas juga percuma walaupun membeli seberat satu gram.
Katanya, GCP juga menyediakan latihan, pemasaran dan seminar percuma kepada pengedarnya. Malah, jaminan wang dikembalikan jika berlaku kehilangan emas sewaktu penghantaran.
Beliau berharap, pembukaan gerai jualan ini merealisasikan matlamat syarikat untuk mendidik masyarakat mengenai kepentingan simpanan emas demi kelangsungan hidup sewaktu kegawatan ekonomi.
Selain itu katanya, ia juga medium melahirkan masyarakat celik ilmu tentang emas kalis inflasi, sekali gus beri peluang kepada belia meningkatkan ekonomi melalui simpanan dan perniagaan emas.
Sementara itu pengunjung, Muhammad Khairul Arifin, 31, melahirkan rasa gembira kerana mendapat kesedaran mengenai kelebihan emas dan menyifatkan ia suatu pelaburan yang cukup berbaloi.
Pengarah Urusannya, Shamsul Anuar Md Ali berkata, pembukaan gerai jualan kali disasarkan kepada golongan belia ke arah mewujudkan kesedaran tentang kepentingan simpanan emas, tidak susut nilai, kalis inflasi dan asas terunggul selain rumah serta hartanah.
Menurutnya, GCP menyediakan tawaran emas lebih murah berbanding pasaran di luar. Pembelian emas 999, segram berharga RM181 yang mana RM198 harga semasa.
“Harga ditawarkan adalah bersih tanpa upah. Kami juga menawarkan pembelian emas 999 seberat 10 gram yang akan mendapat emas perak percuma seberat 10 gram,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, syarikat turut menyediakan faedah kepada ahli yang membeli emas 999 sehingga lapan persen diskaun. Ahli juga menerima bantuan dalam bentuk stok emas, wang tunai dan pembelian semula kepada emas yang ingin dijual. Penghantaran pembelian emas juga percuma walaupun membeli seberat satu gram.
Katanya, GCP juga menyediakan latihan, pemasaran dan seminar percuma kepada pengedarnya. Malah, jaminan wang dikembalikan jika berlaku kehilangan emas sewaktu penghantaran.
Beliau berharap, pembukaan gerai jualan ini merealisasikan matlamat syarikat untuk mendidik masyarakat mengenai kepentingan simpanan emas demi kelangsungan hidup sewaktu kegawatan ekonomi.
Selain itu katanya, ia juga medium melahirkan masyarakat celik ilmu tentang emas kalis inflasi, sekali gus beri peluang kepada belia meningkatkan ekonomi melalui simpanan dan perniagaan emas.
Sementara itu pengunjung, Muhammad Khairul Arifin, 31, melahirkan rasa gembira kerana mendapat kesedaran mengenai kelebihan emas dan menyifatkan ia suatu pelaburan yang cukup berbaloi.
Monday, 28 May 2012
Nasional
MUAR: Sindiket mencuri emas menerusi taktik mencuci barangan kemas milik mangsa menggunakan bahan kimia dibongkar dengan penahanan 21 ahli kumpulan itu dalam serbuan di sebuah hotel di bandar ini. Taktik curi emas guna bahan kimia dibongkar
2012/05/29
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli, berkata kegiatan kumpulan itu, termasuk 14 warga China dilumpuhkan, Jumaat lalu membabitkan tangkapan suspek berusia 20 tahun hingga 40 tahun, yang bergerak dari rumah ke rumah sekitar kampung sambil cuba menjual barangan kemas palsu.
“Ketika itulah sindiket berkenaan mengambil kesempatan mencuri emas menggunakan pelarut kimia khas yang mampu menghilangkan sehingga 20 peratus daripada berat asal barangan kemas dicuci mereka,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.
Mohamad Nasir berkata, siasatan awal polis mendapati 14 warga asing dari Fujian, China itu memasuki negara ini pada 16 Mei lalu menggunakan pas lawatan sosial.
“Sindiket ini dipercayai membabitkan kumpulan besar serta bergiat aktif di beberapa negeri, termasuk Kuala Lumpur, Selangor, Melaka dan baru berada selama tiga hari di daerah Muar dan Batu Pahat.
“Kami percaya, saki baki kumpulan itu masih ada di beberapa negeri lagi kerana mereka sudah berpecah dalam beberapa kumpulan,” katanya.
Mohamad Nasir berkata, 14 warga China itu direman sehingga 8 Jun mengikut Seksyen 39 (b) Peraturan Imigresen 1963, manakala tujuh rakyat tempatan pula ditahan reman sehingga hari ini mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63.
Mohd Nasir menasihatkan orang ramai tidak mudah terpedaya dengan sebarang tawaran mencuci barangan kemas ditawarkan pihak tidak dikenali.
Katanya, perbezaan berat barangan kemas yang sudah dicuci sukar dibezakan dengan mata kasar, melainkan ditimbang terlebih dulu menggunakan penimbang khas.
“Setakat ini, kami masih belum menerima laporan berkaitan kes itu kerana mungkin orang ramai tidak sedar kehilangan berat barangan kemas selepas dicuci sindiket berkenaan.
“Jadi, polis meminta orang ramai yang pernah menggunakan khidmat mencuci emas di rumah itu segera tampil di balai polis terdekat untuk membantu siasatan,” katanya.
Saturday, 26 May 2012
Garis Panduan Pelaburan Emas dan Perak
Garis Panduan Pelaburan Emas dan Perak
Sedikit perkongsian asas berkenaan Garis Panduan Pelaburan Emas dan Perak :
Pelaburan = Duit / Wang / Aset yang di belanjakan dengan mengharapkan pulangan keuntungan
Emas / Perak : emas fizikal pada harga emas semasa.. BUKAN SAHAM, BUKAN SHARE, BUKAN LOT.
Harga Emas Semasa : ada 3 jenis harga :
1 : Spot price : reference kitco.com - kira mcm harga bahan mentah - terbaik la kalu boleh
dpt fizikal pada harga ni.
2 : Company price : seperti gcp.com.my , GSR dan publicgold. ada 2 harga, yakni Harga Customer
dan Harga Dealer.
Jika yang tertera pada website tu biasanya Harga Customer.
3: Kedai Emas price : cth : pohkong, tomei, habibjewels dan kedai2 emas fizikal yg sepertinya.
harganya akan lebih mahal sedikit dr 1 & 2 kerana faktor2 peruncitan
dan kos upah design yg agak tinggi tetapi berbaloi la dgn design nya yg cantik kan.
Contoh 1 : sekiranya anda berminat utk beli / membuat pelaburan rantai tangan emas 10 gram pada purity 999
recommendation 1 : sekiranya anda beli rantai tangan 10 gram 999 utk pakai sbg perhiasan.
maka perlukan design yang cantik. jadi beli la kat kedai emas terdekat seperti poh kong
atau habib jewels atau yg berkaitan. ( sudah pasti harganya lebih tinggi dr beli di company
seperti gcp, gsr dan public )
recommendation 2 : sekiranya anda beli rantai tangan 10 gram 999 utk pelaburan : maka
seeloknya membeli dari company seperti gcp, gsr atau public. kerana harganya agak
jauh lebih murah. lebih2 lagi jika anda sebagai dealer.
jika anda terdesak nak guna duit pun rantai tangan yang dibeli dari company ni pun boleh di simpan /
pajak dan ia DITERIMA di ar rahnu samada bank rakyat , agro bank atau yapeim pada harga
yang lebih tinggi( anda dpt duit ) dari kedai emas biasa.
Bagi Pelaburan Emas : seperti yg kita semua sedia maklum, bukan anda beli hari ni kemudian esok
dah nak jual dan nak mengharapkan keuntungan berganda seperti skim cepat kaya tu. Konsep
simpan nya adalah seperti anda simpan ASB. dalam setahun ke atas baru nmpak hasilnya yg
lebih memberangsangkan.
cukup dulu buat masa ni.... ( mungkin tuan2 yg lebih arif boleh berkongsi pandangan di bahagian
komen supaya
sedikit sebanyak boleh kita berkongsi ilmu dan meningkatkan kesedaran tentang emas dan perak
ini sebagai meneruskan usaha legasi Dr. Mahathir dan Kerajaan Negeri Kelantan )
MENGUNTUNGKAN...Shamsul menunjukkan pelbagai jenis emas ditawarkan GoldCrest Pavilion.
Malah, ketika sibuk mempromosikan pelaburan emas ditawarkan syarikatnya kepada orang ramai, dia pernah dituduh penipu kerana dikatakan mengamalkan syarikat perniagaan berasaskan program Multi Level Marketing (MLM) yang hanya mencuri duit orang ramai.
PERIKSA...pekerja GoldCrest Pavilion, Sukri Ngatiman memeriksa kualiti emas yang dijual.
BANGGA...Shamsul (enam dari kanan) bersama kakitangan GoldCrest Pavilion.
kini boleh berbangga apabila perniagaan diceburinya berjaya membuahkan hasil.
Dengan modal permulaan sebanyak RM300,000 untuk memulakan syarikat di bawah nama GoldCrest Pavilion (GCP) Sdn Bhd yang ditubuhkan pada 2009, kini Shamsul Anuar mampu tersenyum bangga apabila keuntungan diperoleh meningkat berkali ganda mencecah RM40 juta, sekali gus melayakkannya bergelar antara jutawan Bumiputera.
“Gaji diterima sebagai guru pada waktu itu tidak cukup untuk menampung perbelanjaan harian, termasuk membayar hutang rumah dan kereta.
“Jadi, saya dan isteri ketika itu membuka kelas tuisyen sebaik tamat waktu mengajar. Itupun hanya bertahan setahun kerana hasil diterima tidak seberapa.
“Selain tuisyen, saya menjalankan perniagaan sampingan seperti menjual baja, melakukan kerja-kerja percetakan dan menjadi ejen syarikat MLM, tetapi semuanya hanya sekerat jalan,” katanya.
Dalam tercari-cari pekerjaan sampingan yang boleh mendatangkan hasil lumayan, Shamsul berkata, bagaikan ‘bulan jatuh ke riba’ dia menerima tawaran membuka restoran makanan sendiri pada 2006.
Namun, perniagaan itu yang diharapkan dapat mengubah kehidupannya hanya bertahan dua tahun sebelum dijual kepada orang lain.
“Sebenarnya sewaktu berniaga makanan, selepas saya buat pengiraan balik, termasuk tenaga yang keluar, ia langsung tidak berbaloi.
“Untung memang untung, tapi tak seberapa dengan tenaga dikerah kerana daripada pagi hingga petang, saya mengajar di sekolah. Bila tamat waktu sekolah, terpaksa terkejar-kejar untuk membuka restoran pula. Akhirnya selepas berbincang dengan isteri, kami nekad menutup perniagaan itu,” katanya.
Mengakui bukan senang untuk senang, dia dan isterinya kemudian nekad melakukan pekerjaan sampingan sebagai nelayan.
“Mungkin ramai tidak percaya bila mendengar saya dan isteri jadi nelayan, tetapi itulah hakikatnya.
“Selama setahun, saya dan isteri melakukan pekerjaan sampingan sebagai nelayan berikutan terdesak mencari duit lebih dan selama itu juga saya menyedari bukan senang menjadi nelayan.
“Boleh dikatakan hidup ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Ada ketikanya dapat ikan, ada ketika langsung tak dapat seekor pun hatta anak ikan,” katanya.
Bagaimanapun, tindakan nekad memaksa isterinya membuat pinjaman peribadi bagi dilaburkan dalam perniagaan emas pada 2009 yang mengubah kehidupannya daripada guru kepada ahli perniagaan berjaya.
“Sebenarnya, sewaktu jadi nelayan, saya banyak berfikir mengenai perniagaan yang masih boleh memberi keuntungan walaupun barangan itu tidak berjaya dijual kepada pelanggan.
“Akhirnya, saya menyedari ada tiga perniagaan yang berpotensi untung iaitu terbabit dalam bidang hartanah, jual beli minyak serta gas atau terbabit dalam perniagaan emas.
“Ketiga-tiga ini kalau tidak laku sekalipun, nilainya tetap meningkat dan setelah puas berfikir, akhirnya saya nekad mengkaji perniagaan emas,” katanya.
Namun, Shamsul mengakui bukan senang untuk senang. Cabaran pertama perlu ditempuhinya apabila adik beradik serta isterinya enggan menyokong niatnya berikutan banyak perniagaan diceburi sebelum itu gagal.
“Perasaan saya ketika itu tidak boleh digambarkan kerana orang yang rapat dengan saya meragui kebolehan saya.
“Namun kerana nekad, saya paksa juga isteri membuat pinjaman bersama berjumlah RM300,000 bagi membeli dua kilogram emas,” katanya.
Ternyata percaturan Shamsul bukan angan-angan kosong, sebaliknya dalam tempoh sebulan dia berjaya menjual emas itu dan memperoleh keuntungan RM40,000.
Keuntungan diperolehnya kemudian dijadikan modal pusingan untuk membeli lebih banyak emas dan tanpa menoleh ke belakang, dalam tempoh setahun, dia memperoleh keuntungan sehingga RM23.9 juta.
Menurut Shamsul, sepanjang tiga tahun berkecimpung dalam perniagaan emas, dia puas berikutan berjaya membuktikan kegagalan masa lalu bukan bermakna seseorang itu akan gagal selama-lamanya.
Bagi berkongsi kejayaan, Shamsul berkata, dia juga kini bukan sekadar menawarkan khidmat jual beli emas, malah menawarkan peluang kepada orang ramai menjadi pengedar produk emas yang dihasilkan di bawah jenama GCP Pavilion.
“Saya rasa ini antara cara yang boleh saya lakukan untuk menolong orang ramai, khususnya Bumiputera, untuk berjaya dengan hidup.
“Ini kerana emas tidak seperti benda lain. Ia sentiasa mempunyai harga, dan walaupun ada ketika nilainya susut, itu cuma untuk jangka masa singkat,” katanya.
Shamsul berkata, potensi jual beli emas sentiasa terbuka berikutan emas sememangnya diiktiraf sebagai aset paling berharga dan tidak akan susut nilai dari dulu, kini dan pada masa depan.
Kerana itu juga, dia kini mensasarkan lebih ramai rakyat di negara ini melabur dalam pelaburan emas berikutan ia satu-satunya aset yang mampu bertahan walaupun keadaan ekonomi dunia jatuh merudum, sekali gus memberi kesan kepada kadar mata wang sesebuah negara.
Bagaimanapun, bagi merealisasikan hasratnya, dia mengakui perlu mengikis perspektif negatif kebanyakan masyarakat di negara ini yang lebih bergantung
kepada duit sebagai aset simpanan.
“Ini yang menjadi masalah kebanyakan masyarakat masa kini kerana ramai antara kita melihat duit itu lebih bernilai berbanding emas.
“Masyarakat lebih gemar menyimpan duit yang hanya memberikan faedah yang tidak seberapa. Kini tugas saya untuk memberi kefahaman kepada mereka supaya duit ditukar kepada emas berikutan harga emas lebih menguntungkan,” katanya.
Shamsul berkata, GCP sebagai syarikat berdaftar milik Bumiputera sepenuhnya kini turut menawarkan bimbingan kepada masyarakat dalam sistem pelaburan
emas.
“Emas bukan seperti hartanah, simpanan di bank, saham atau sebagainya. Emas adalah pelindung nilai yang kalis inflasi.
“Emas adalah aset mudah tunai dan mempunyai kecairan paling cepat, di mana atau pada bila-bila masa saja pemiliknya boleh menjual semula jika mengalami masalah kewangan.
“Kami mahu membantu masyarakat celik mengenai emas. Selain mensasarkan individu mempelbagaikan portfolio pelaburan dengan menyimpan emas, kami membantu masyarakat meningkatkan ekonomi dan menambah pendapatan dengan menjadi pengedar
GCP, di mana harga yang pengedar beli daripada GCP jauh lebih murah berbanding di pasaran,” katanya.
Menjelaskan potensi pelaburan emas, Shamsul berkata, emas adalah barangan berharga yang digunakan banyak industri berasaskan teknologi elektronik dan barangan elektrik kerana emas adalah antara pengalir arus elektrik yang terbaik.
Subscribe to:
Posts (Atom)